Friday, February 4, 2011

Ganding bahu cipta kejayaan


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata, semua kaum mempunyai peluang untuk mencipta kejayaan yang diimpikan di bumi Malaysia yang bertuah ini.
Katanya, apa yang diperlukan adalah perancangan, kerja keras dan disiplin. Dalam perutusan beliau sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bermula hari ini, Najib mengajak masyarakat Cina untuk terus bersama-sama berganding bahu berusaha bagi membina masa depan yang lebih baik untuk keluarga dan anak-anak.


Perdana Menteri berkata, walaupun kerajaan tidak boleh memastikan kejayaan setiap individu, adalah menjadi tanggungjawab menyediakan ekosistem terbaik bagi membolehkan setiap potensi dioptimumkan.
“Saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua rakyat Malaysia yang berketurunan Cina. Semoga tahun Arnab ini akan mendatangkan keamanan, kesihatan dan kemakmuran kepada semua,” katanya menerusi laman blog 1Malaysia beliau.

Menurut Najib, pada 2010 hasil usaha gigih semua pihak, kerajaan dan rakyat, penjawat awam serta pihak swasta, negara terus berada di landasan yang betul bagi pencapaian wawasan kebangsaan untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

“Momentum ini perlu dirancakkan lagi, namun belum sampai masanya untuk kita mengisytiharkan kemenangan dan memasuki zon selesa. Kita perlu terus bekerja keras bagi mencipta kejayaan baru,” tambah beliau.

Najib juga berharap agar rakyat Malaysia dari pelbagai kaum akan meneruskan tradisi mengunjungi rumah terbuka rakan-rakan mereka dari kaum Cina. “Semoga tradisi rumah terbuka dan kunjung mengunjungi ini terus menjadi tali yang mengikat hati semua dalam semangat kekeluargaan 1Malaysia,” katanya. - Bernama
Sumber : Harian Metro Online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...