Thursday, February 3, 2011

Tiga kaedah tingkat ekonomi pekebun kecil

KUALA TERENGGANU 22 Jan. - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menekankan pelaksanaan tiga kaedah bagi membantu meningkatkan ekonomi pekebun kecil daripada tahap sederhana kepada berpendapatan tinggi sepanjang tahun ini.
Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, kaedah itu bagi meningkatkan produktiviti menerusi penggunaan teknologi terkini.

Menurutnya, penggunaan baja yang lebih baik, benih daripada klon getah dan kelapa sawit yang bermutu tinggi serta amalan pertanian baik (GAP) juga akan ditekankan bagi menjamin produk yang dihasilkan bermutu tinggi.
"Langkah ini selaras dengan matlamat kerajaan menjayakan Model Baru Ekonomi (MBE).
"Kita mahu penoreh getah amalkan GAP agar mereka toreh (getah) dengan baik dan tak rosakkan pokok. Kita juga mahu mereka kerja lebih masa terutama ketika harga getah naik sekarang iaitu RM16 sekilogram," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) berkata demikian selepas merasmikan Program Konsolidasi Patriotisme Bumiputera di IPTA: Zon Timur di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.
Rahim memberitahu, pihaknya juga sedang membuat pemantauan terhadap 62 koperasi di bawah RISDA yang keahliannya kini mencecah 180,000 orang di seluruh negara agar dapat disusun semula untuk faedah ahli.
Katanya, usaha itu dibuat bagi membolehkan RISDA membantu ahli-ahli koperasi agar tidak mensesiakan peluang serta bantuan yang disediakan kepada mereka.
Selain itu jelas Rahim, pihaknya juga akan memperkasakan gerakan keusahawanan di bawah agensi itu untuk melahirkan 10,000 usahawan daripada kalangan pekebun kecil dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Sumber : Utasan Online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...